Wednesday, October 15, 2014

Pergi Singapura Bawa Kereta Sendiri

Sekarang ni dah ada dua laluan masuk ke Singapura dari Malaysia iaitu dari JB masuk ke Woodlands dan dari Gelang Patah masuk ke Tuas. Laluan Gelang Patah-Tuas itulah yang disebut-sebut 'Second Link' tu. 'Second Link' tu maksud dia 'Laluan Kedua Malaysia-Singapura'. Dibuka pada tahun 1998. Tujuannya, seperti yang kita boleh agak, adalah untuk kurangkan kesesakan di laluan JB-Woodlands.

Naik teksi ke naik kereta sendiri?

Naik teksi ni kurang hassle. Masuk dalam teksi, drebar terus bawa ke Singapura. Boleh sembang-sembang lagi tanya itu tanya ini. Tak perlu risau apa-apa pasal teksi tu, permit dia ke, pass dia ke, minyak dia ke. Tapi kalau bawa kereta sendiri, ada macam-macam perkara yang perlu dirisaukan, dan disediakan.

Untuk trip kedua kami ke Singapura, kami kena bawa kereta. Terpaksa. Kawan-kawan yang pernah masuk ke Singapura guna kereta sendiri (tapi dah ingat-ingat lupa) ada kata kena bawa salinan insuran dan geran. OKlah, kami sediakan dua-dua dokumen tu. Trip kami kali ni guna kereta sendiri masuk ikut JB-Woodsland sebab kali tinggal di hotel JB.

Checkpoint imigresen Malaysia

Kita akan masuk imigresen Malaysia terlebih dahulu. Selepas melepasi imigresen Malaysia barulah kita masuk meredah Tambak Johor. Selepas itu kita akan masuk ke imigresen dan kastam Singapura. Masa masuk saja ke checkpoint imigresen Singapura, kita sebenarnya sudah menjejakkan kaki ke Singapura.

Di imigresen Malaysia, mereka hanya scan passport kita tanpa stamping. So tiada apa-apa cop di muka surat passport kita tu. Kastam Malaysia jugak tidak check barangan yang kita nak bawa ke Singapura.

Checkpoint imigresen Singapura

Di imigresen Singapura, serahkan passport, kad pengenalan, dan kad putih (IMM27E) yang dah siap diisi. Kalau belum ada kad putih tu, boleh minta di kaunter imigresen tu. Mereka akan beri, tiada masalah, malah minta lebih pun takpe sekiranya nak digunakan lain kali. Jangan kelam kabut isi kat putih tu. Pegawai kat kaunter tu akan kata 'take your time' lepas tu dia rileks. Agaknya masa tu dia ambil kesempatan tarik nafas kot. Dia suruh kami on lampu signal.

Lepas tu pegawai di kaunter tu akan scan passport kita dan cop. Keratan kad putih IMM27E tadi tu akan diberi balik. Jangan hilangkan keratan kad ni. Ini kerana keratan kad putih ni perlu diserahkan semula bila kita nak keluar dari Singapura nanti. Kalau keratan tu hilang, memang besar masalah nanti. Turunkan semua cermin tingkap. Pegawai imigresen akan baca nama pada passport dan lihat muka setiap orang yang ada dalam kereta. Masa kami pergi dengan MPV dulu, pegawai imigresen keluar dari kaunter dia dan periksa passport dan muka kami dari tepi tingkap kereka.

Selepas selesai dengan kaunter imigresen tadi, dan selepas singgah di Blok B jika nak buat Autopass, kita akan lalu pulak ikut check-point kastam Singapura. Kat sini pemeriksaan memang strict. Pegawai kastam akan letak kon di depan kereta kita. Kita kena keluar dari kereta dan buka bonet kereta. Mereka akan check bonet. Lepas tu kita kena tutup sendiri bonet kereta. Pegawai kastam yang tak pernah senyum tu akan beri kita laluan selepas itu.

Autopass

Kalau orang perlukan passport, kenderaan Malaysia pula perlukan Autopass. Kalau belum ada Autopass, no bimbang. Bagitau saja pegawai di kaunter imigresen tu (checkpoint pertama) yang kita first time bawa kereta dan tiada autopass. Selepas check passport, pegawai di checkpoint pertama tu akan suruh kita pandu terus ke depan ikut red lane (jalan merah) hingga sampai ke Blok B. Kena berhenti di Blok B tu untuk buat Autopass. Ada parkir khas di situ. Kalau dah ada Autopass, boleh terus masuk ke green lane (jalan hijau).

Kami parkir di sebelah Blok B. Terus datang seorang akak India ambil nombor kereta dan road tax kat cermin kereta. Dia tulis kat satu kertas kecil. Lepas tu dia suruh bawa kertas kecil tu ke kaunter. Dia tunjuk arah kaunter tu. Di kaunter, kami kena isi borang. Isi je semua apa yang patut. Orang di kaunter tu tak check pun insuran dan geran kereta. Tapi dalam borang tu kami kena masukkan maklumat tentang insuran kereta. Lepas tu dia suruh pergi ke kaunter kat sebelah pulak. Ada seorang pegawai pakai uniform dan satu mesin kat situ. Kami agak itulah mesin nak cetak Autopass. Dan memang betul pun. Di situ rupanya kad pass masuk khas tu diproses. Kad pass masuk khas tu dinamakan Autopass. Siap on-the-spot.

Bukan free ye. Kena bayar SGD10.00 untuk kad tu. Masa tu menggagau takda duit. Astaga, kami lupa tukar duit Sing Dollar (Sing Dollar ialah Singapore Dollar, guna kod SGD atau S$). Pegawai kat kaunter tu tak terima duit RM. Dia suruh kami cari jugak Sing Dollar. Kami tanya kat akak-akak India yang tengah duduk-duduk kat situ. Semua tak ada RM. Iyerlah. Depa kan orang Singapura. Depa sarankan kami pegi tukar kat sapa-sapa orang Malaysia yang baru masuk. Nasib kami baik sebab kami dapat tukar dengan sorang mamak Malaysia. Dia naik motor je. Untuk SGD10.00 dia mintak RM25.00. OK lah. Kami tak kisah exchange-rate yang sebenarnya, janji dapat tukar. Selesai. Kami pun akhirnya dapatlah pass khas kereta tu. Macam kad prepaid. Orang kat kaunter tu kata ada SGD10.00 dalam tu. Tapi dia sudah charged SGD6.00 (harga kad) so ada balance lagi SGD4.00. Dia kata kena top-up kat mana-mana 7E dalam Singapore. Kami angguk-angguk macam khadam.

Kad Autopass ni wajib ada untuk bawa masuk kereta ke Singapura. Selain dari menjadi 'pass masuk', Autopass ni juga digunakan untuk membayar VEP fee (charge masuk Singapore untuk orang Malaysia), charge tol (di checkpoint imigresen Singapura) dan ERP (Electronic Road Pricing - toll automatik di tengah-tengah jalan raya). Autopass ni adalah untuk satu kereta saja jadi tidak boleh digunakan untuk kereta lain. Nombor pendaftaran keta (nombor plet keta) dah ada dalam kad tu. Kita Kena top-up Autopass ni sebelum masuk balik ke check-point imigresen bila time nak balik ke Malaysia nanti. Kenapa kena top-up siap-siap? Sebab top-up (tambah nilai) tidak boleh dibuat di checkpoint imigresen. So top-up siap-siap. Jangan cari nahas.

Autopass ni juga boleh jadi kad untuk bayar parkir, di mana-mana parkir yang terima Autopass. Kalau gunakan Autopass di tempat parkir dan kereta tiada alat IU, tunggu sehigga pengimbas LCD tulis "No IU detected. Please Insert your Autopass." Lepas tu barulah masukkan kad Autopass.

CashCard

CashCard ni macam kad parkir dan diterima di semua parkir di Singapura. Kad ni boleh dibeli di 7-Eleven, Cheers, FairPrice Xpress dan di mana-mana pusat servis NETS. Untuk top-up pula boleh dibuat di 7-eleven jugak di samping Cheers, FairPrice Xpress, kiosk iNETS dan di stesen petrol tertentu. Autopass kad pun boleh jadi CashCard jugak. Tapi tak semua kawasan parkir terima Autopass. So kena ada standby CashCard jugaklah.


Nak masuk Singapura dengan kereta sendiri sekarang kena ada kad-kad di atas iaitu Autopass, CashCard, dan kupon parkir. Autopass digunakan di checkpoint imigresen Singapura masa masuk dan keluar. CashCard untuk parking. Kupon parkir untuk parkir di tepi-tepi jalan yang tak guna CashCard.

VEP

VEP (Vehicle Entry Permit) ialah permit untuk bawa masuk kereta asing ke Singapura. Kadar VEP ialah SGD20.00 sehari pada hari bekerja mulai jam 2 pagi hingga 5 petang. Namun kenderaan Malaysia yang first time masuk Singapura dapat 10 hari percuma dalam setahun. Kalau masuk pada hari ke-11, kenalah bayar VEP SGD20.00 sehari tu. So macam kami ni, tak bayar charge masuk VEP ni. But next time kami masuk Singapura bawa kereta yang sama, kami dah kena bayar VEP SGD20.00 sehari ni.

ERP

ERP (Electronic Road Pricing) ialah tol di jalan raya. Nak tau macam mana rupa dia sila tengok foto bawah tu. Kadar ERP berubah mengikut waktu dan lokasi laluan. Pada waktu-waktu tertentu dan hari-hari tertentu, ERP ni akan sedut duit dari Autopass yang ada alat IU (macam smart-tag) yang ada dalam kereta-kereta yang lalu di bawah pintu gerbang tu. ERP ni kiranya macam tol jugaklah kalau di Malaysia. Bezanya kalau di Malaysia, kita bayar tol secara manual. Ada tukang jaga tol dalam booth tol dan kita bayar pada orang tu. Tapi di Singapura, ERP akan sedut duit tol dari Autopass secara automatik. Macam robot. Tak perlu gunakan manusia.

Kalau ada alat IU (In-Vehicle Unit), masukkan Autopass ke dalam alat IU tu. Gadget IU ni macam smart-tag jugaklah. Tapi bagi kenderaan Malaysia yang tiada atau tak pernah ada alat IU ni, takde masalah dun be khuatir sebab masih boleh juga lalu di bawah check-point ERP tu. Tapi jangan ingat free pulak. Sebab charge ERP akan disedut (di checkpoint imigresen) masa kita keluar dari Singapura nanti.

Kalau kereta singapura, ERP akan sedut duit melalui alat IU yang ada dalam kereta (tengok gambar atas). Tapi kalau kereta Malaysia yang tiada alat IU tu (macam kereta yang kami bawa) duit tol ke aper ke akan disedut di checkpoint kastam Woodland atau Tuas masa kita masukkan kad Autopass dalam slot machine di kaunter imigresen.

Bayaran tol masa balik

Masa balik ke Malaysia (keluar dari Singapura) kita kena bayar tol dua kali. Pertama di checkpoint kastam Singapura dan selepas tu di checkpoint kastam Malaysia. Tol keluar dari Singapura di Woodlands ialah SGD1.20. Kalau di Tuas pula SGD3.20. Bayar guna Autopass. Tunai tak diterima. Kenapa di Tuas lebih mahal dari di Woodland, entah. Malas nak tanya.

Lepas bayar tol di checkpoint Singapura, kena bayar tol di checkpoint Malaysia pulak. Keluar ikut Woodland dan Tuas tak sama bayar. Satu, RM6.30 dan satu lagi RM9.70 tapi kami tak ingat yang mana satu harga di Tuas dan yang mana satu harga di Woodland.

Kalau di checkpoint kastam Singapura bayar guna Autocard. Kalau di checkpoint Malaysia pula bayar guna touch'n go sahaja (foto bawah), cash tak diterima. Tol Malaysia ni dikutip masa kita keluar dari Singapura sahaja. Masa masuk ke Singapura, kastam Malaysia tak kutip tol. Kenapa? Entah. Malas nak tanya jugak.

Tips di Singapura

Ada beberapa perkara tentang Singapura yang kami boleh catatkan di sini berdasarkan pengalaman kami selama beberapa hari di sana untuk trip kedua kami.

  1. Lebih baik kalau tak bawa kereta Malaysia. Ini kerana parking memang susah, dan mahal pula. Tambah pulak kalau tak biasa dengan jalan-jalan di Singapura. Memanglah susah.

  2. Untuk bergerak sana-sini, lebih baik gunakan MRT (Mass Rapid Transit). Sistem pengangkutan awam di Singapura adalah OK dan memuaskan. Sistem MRT di sana sama macam LRT di Malaysia. Pergerakannya pantas. Kami perasan, escalator di stesen MRT tu lebih laju dari escalator di Malaysia.

  3. Kalau nak shopping, barang-barang memang mahal. Tambah pulak kalau yang ada di shopping complex. Tambah pulak lagi kalau beli dengan Sing Dollar, lagilah mahal jadinya.

  4. Tempat makan Melayu memang tak ada masalah. Banyak, dan senang dicari.

  5. CCTV bersepah-sepah di sana-sini. So berhati-hatilah jangan melanggar undang-undang tak kiralah undang-undang apa pun. Di Malaysia pun ada undang-undang. Tapi di Singapura ni enforcement undang-undang tu cekap dan cepat.

  6. Merokok adalah dilarang di dalam kawasan yang ada bumbung. Dalam ertikata lain, merokok dilarang dalam bangunan. Orang yang merokok akan berkumpul bawah pokok, atau di tepi tiang eletrik. Denda merokok boleh mencecah SGD500. Kalau buang puntung rokok atas tanah, denda lagi SGD500. Cuba tukar jadi duit Malaysia, berapa jadinya?

  7. Kalau masuk Singapura dengan kenderaan sendiri, isi minyak penuh-penuh sebelum masuk ke Singapura. Elakkan mengisi petrol di Singapura. Mahal.

  8. Kalau masuk ikut Tuas, ada petrol pam di R&R Gelang Patah iaitu sejurus sebelum masuk tambak.

  9. Kalau masuk ikut Woodlands, JB, isi minyak di mana-mana stesen minyak JB.

  10. Jangan bawa kotak rokok yang masih belum dibuka. Memang confirm kena rampas.

  11. Jangan bawa chewing-gum. Memang tak dibenarkan.

  12. Roti canai disebut roti prata di Singapura.

  13. Kod international no telepon Singapura ialah 65. Telco utama di Singapura ialah SingTel, StarHub and MobileOne (M1).

  14. Orang tak berebut-rebut naik teksi. Tak macam di Malaysia. Secara amnya orang ramai nampak tertip.

  15. Memang banyak larangan di Singapura. Signage bersepah-sepah bagitau 'don't do that, don't do this'

  16. Kalau sayang duit, jangan meludah atau buang sampah merata-rata.

  17. Ada ramai pelacur di Geylang. Di Singapura, Geylang ni macam kawasan Chow Kit di Malaysia.

  18. Jangan sentuh kepala orang Singapura. Pantang nenek moyang.

  19. Jangan tunjuk dengan kaki. Orang Singapura anggap itu kuang ajaq.

  20. Jangan bawa makanan dalam MRT. Kena denda SGD200.00

  21. Jangan bagi tips di Singapura. Bagi tips ni biasa sangat di Malaysia, tapi jadi benda ganjil di Sigapura.

  22. Jangan bungkus hadiah dengan warna putih. Tu warna berkabung di Singapura.

  23. Kalau naik escalator, berdiri di sebelah kiri. Sebelah kanan ialah untuk orang yang rushing.

  24. Kalau pi tempat makan, macam di medan selera, dan nampak meja kosong, perhatikan dulu ada ke tidak kertas tisu, surat kabar, atau payung. Ini kerana cara orang Singapura 'book' meja makan ialah dengan letak tisu, surat kabar atau payung. Orang tu tengah pi order makan.

  25. Kalau terima hadiah, jangan terus buka. Tu pun namanya kuang ajaq. Masa bagi hadiah, gunakan dua-dua tangan. Jangan guna satu tangan je. Tu pun dianggap kuang ajaq jugak.

  26. Kalau dengan orang Singapura Cina, jangan bagi hadiah jam atau sapu tangan. Dua-dua tu tanda kematian.

  27. Jangan melintas sebarangan di Singapura. Melintas jalan (walaupun tak ada kereta) hanya dibenarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Cari tempat yang ada tanda melintas jalan. Melintas di situ.

  28. Singapura ialah salah satu dari tempat paling selamat di dunia. Tapi iyerlah, kan. Low crime does not mean no crime.

13 comments:

  1. entry sangat jelas&informatif!terbaikkk!TQ :)

    ReplyDelete
  2. Setiap check point erp sedut berapa USD? Berapa bnyak kita nk topup? Sbb kalau topup lebih kita akan rugi.. kalau topup kurang xbole keluar kastam plak...

    ReplyDelete
  3. Setiap check point erp sedut berapa USD? Berapa bnyak kita nk topup? Sbb kalau topup lebih kita akan rugi.. kalau topup kurang xbole keluar kastam plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingat aku,untuk foreign vehicle,cuma $16 per entry & masa nak keluar singapore nanti baru dia caj.lebih kurang 1km sebelum masuk balik malaysia,ada topup counter.so boleh tanya dekat situ berapa yang kita akan kena caj & boleh topup terus.rasanya,topup dalam gandaan $10.

      Delete
  4. terima kasih.
    info yang sangat berguna
    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Kalau masuk singapura pakai motor macam mana pula ye????

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tak boleh jawab yang ini. kurang pengetahuan. sorry :)

      Delete
    2. Pergi KL naik moto pun macam nak patah pingang ni kan pula pergi hujung malaysia? 😂

      Delete
  6. Agak susah lah kalau guna kereta sendiri...one saya pun nak merasa pergi sana amin

    ReplyDelete
  7. Hello Semua. :) Mari berkongsi info terbaru.. Nampaknya currency Singapore semakin menaik & MYR pula menurun.. Jadi harga semua berubah seperti harga perbelanjaan dalam Singapura. Terbaru; info in FEB 2017 jika tukar MYR to SGD rate boleh dikatakan dalam minimum 3.2 (ada juga Money Changer caj higher seperti kalau di Bugis Singapura ada yang ambil 3.33, tinggi kan? Kene hati-hati juga dalam memilih money changer ya) Take note rate kalau tukar SGD to MYR adalah jauh lebih rendah, yang Malaysian perlukan adalah MYR to SGD rates - ia adalah 2 harga yang jauh bezanya. Bytheway, mari layan 'PROMO TERBARU - SINGAPORE TIX'
    .
    ✪ Singapore Tickets Murah (USS/Garden By The Bay/+more) - JOM dapatkan sekarang! ✪
    .
    Kepada Admin & Semua.. Sekiranya anda ingin dapatkan tiket masuk, any Singapore Tourist Attractions at discounted price boleh lah hubungi kami. Contoh: *SEA AQUARIUM Harga promosi: SGD 35/MYR 112 sahaja (Adult), *USS Harga promosi: SGD 66/MYR 211 sahaja (adult). FREE Meal Discount Voucher worth SGD5 pulak tu for these 2 places! BEST kan? 🙂 PAKEJ USS with bus from DANGA BAY JB-USS juga ada (2 ways transfer).
    .
    Tiket original OPEN DATE minimum 3 bulan valid dari tarikh beli. Tiket lain juga ada seperti GARDEN BY THE BAY, SINGAPORE ZOO, NIGHT SAFARI, WINGS OF TIME etc.. confirm lebih murah dari harga kaunter!
    .
    Cuba lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com atau www.facebook.com/lovetravel86
    .
    PIC: Jessica, ♡ Love Travel ( WHATSAPP: +6012-7760219 , EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com ) TQ

    ReplyDelete