Sunday, July 2, 2017

Swiss-Inn Johor Bahru

Hotel ni hanya sembilan tingkat. Tingkat 5 hingga 9 untuk tetamu, tingkat 4 parking, tingkat 1 dining dan surau, tingkat bawah sekali untuk lobi.

Kawasan sekelilimg adalah kawasan pejabat kerajaan. Ada KWSP, ada Tabung Haji. Lokasi hotel ni adalah di kawasan pentadbiran agaknya. Jadi kalau turun bawah keluar dari hotel memang tak kan jumpa apa-apa kedai pun. Tiada restoran, tiada gerai, tiada kedai mamak.. kira macam kawasan mati bagi pelancong. Rasa menyesal pulak book hotel ni. Bila malam saja kawasan ni jadi sunyi sepi.

Dalam bilik, ada peti besi, cerek elektrik, alat pengering rambut, seterika dan iron board, mini fridge, set minuman, alat pendingin hawa yang boleh dikawal suhunya, sejadah, anak panah tanda arah kiblat, bantal extra, tv flat screen di dinding. Tiada surat khabar.

Parkir percuma dan ada kawasan khas utk parking kereta.

Kami tinggal di hotel ni sebab masa nak booking hotel tu dah takde pilihan lain. Hotel ini ajerlah yang avaiable pada masa kami book hotel tu.


Dalam tandas ni bilik mandi dan jamban diasingkan.


Yang lain-lain tu OK jer tapi kerusi pink tu.. (boleh dijadikan katil tambahan) nak duduk pun rasa geli. Tak menarik di pandangan mata, dan rasa macam tak bersih.


Itu ajerlah meja tulis yang ada. Kalau nak menulis ke aper ke, kat situ sajalah.


Almari 'see-through' yang boleh nampak semua isi dalam. :)


TV yang tinggi melangit.


Dewan makan yang meriah.

No comments:

Post a Comment